Tuesday, March 24, 2009

tahun 1 (اهلا وسهلا) bab 2





Perkataan yang terdapat dalam bab ini ialah :


اهلا (ahlan ) = hai !

السلام عليكم = salam sejahtera

صباح الخير (sobahal kheir )= selamat pagI

مساء الخير ( masa al kheir ) = selamat petang

تصبح على الخير ( tusbihu alal kheir ) = selamat malam

اهلا وسهلا (ahlan wasahlan ) = selamat datang





setiap ucapan ini mempunyai jawabnya .Kalau orang kata terima kasih mestilah kita jawab sama -sama .Begitu juga dengan perkataan di atas.



  • السلام عليكم - وعليكم السلام

  • صباح الخير - صباح النور (sobahal kheir - sobahan nur )

  • مساء الخير - مساء النور (masa al kheir - masa an nur)

  • تصبح على الخير - وانت من اهله ( tusbihu ala kheir - wa anta min ahlihi )

Thursday, March 19, 2009

tahun satu (حديقة الحروف) bab 1


Huruf - huruf hujaiyyah

ا ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ ف ق ك ل م ن و ه ء ي
Dalam bab pertama tahun satu ini lebih berkisar tentang huruf , sambung huruf dan menceraikan perkataan menjadi huruf.Di sini saya akan memberi jenis huruf -huruf yang sekadar boleh di sambung di belakang bukan di hadapannya.Senang cerita (orang nak berkawan dengan dia tapi dia tak nak berkawan dengan orang )- ini istilah yang setengah orang guna.

a) huruf yang bersambung di belakang sahaja :

ا - د - ذ - ر - ز - و

* contoh : ما - مد - مذ - مر - مز - مو

b) huruf yang tidak bersambung di depan atau belakang :

ء

c) baki huruf boleh di sambung di hadapan atau belakang

Friday, March 13, 2009

Penggunaan ( haza ,hazihi,zalika ,tilka ) untuk selain manusia dan anggota badan


Untuk pengetahuan bagi yang baru mengenal bahasa arab atau memang tak tahu arab tapi nak membantu anak - anak yang belajar bahasa arab ........

هذا ,هذه ,ذلك ,تلك juga digunakan pada semua benda yang bernama kata nama......seperti nama orang , negeri ,benda hidup ,benda mati dan lain-lain yang bukan menunjukkan perbuatan atau perlakuan .

Di antara cara untuk kenal perkataan itu yang dianggap lelaki atau perempuan ialah pada akhirnya ada ta marbutah @ ta bulat

contoh : مدرسة perkataan madrasatun (sekolah) mesti digunakan hazihi atau tilka.Ianya di anggap seperti perempuan.(kira -kira semua benda dalam bahasa arab ada jantina la )



* bagi perkataan tiada ta marbutah @ ta bulat dianggap lelaki.Maka kita gunakan haza dan zalika untuk menunjukkan dekat atau jauh . boleh faham!

Thursday, March 12, 2009

BAHASA ARAB SANTAI




هذا ini
هذه ini

haza dan hazihi adalah kata isyarat yang sama maksud tetapi berbeza penggunaanya. Haza digunakan untuk menunjukkan lelaki dan hazihi untuk menunjukkan perempuan.

contoh :هذا احمد -ini Ahmad
هذه فاطمة - ini Fatimah
ذلك - itu
تلك - itu
Zalika dan tikla juga sama penggunaan dan maksudnya tetapi berbeza penggunaan.Zalika di gunakan untuk lelaki dan tilka untuk perempuan.
contoh : ذلك احمد - itu Ahmad
تلك فاطمة -itu Fatimah
Tambahan : (هذا ,هذه ,ذلك ,تلك ) bukan sahaja digunakan untuk manusia ianya juga digunakan untuk semua benda .
  • untuk anggota badan setiap yang ada sepasang dianggap sebagai perempuan dan setiap yang cuma satu di anggap lelaki ..
  • contoh : mata ( عين )

هذه عين -ini mata (hazihi ainun )

تلك عين - itu mata (tilka ainun )

mulut ( فم )

هذا فم - Ini mulut (haza famun )

ذلك فم - Itu mulut ( tilka famun )