Wednesday, April 29, 2009

tahun 1 bab 5 (الادوات الدراسية)


Untuk pelajaran bab ini ada lima benda yang diajar :


  1. pensil- مرسم -mirsamun

  2. pemadam -ممحاة -mimhatun

  3. buku tulis - دفتر - daftarun

  4. buku teks - كتاب -kitabun

  5. pembaris - مسطرة - mistorotun

Untuk pelajaran nombor :



  • 6 = ستة -sintatun

  • 7 =سبعة - sab atun

  • 8 = ثمانية - thamani yatun

  • 9 = تسعة - tis atun

  • 10 = عشرة- asyarotun

Sunday, April 5, 2009

tahun 1 bab 4 (di dalam kelas )


كرسي -kursiyun - kerusi
باب - babun - pintu
مكتب -maktabun- meja
سبورة - sabburatun - papan hitam
نافذة - nafizatun - tingkap
dalam bab ini ada juga diajar penggunaan kata isyarat (ini ) -haza dan hazihi.Penggunaanya sama haza untuk yang dianggap lelaki dan hazihi yang dianggap perempuan .Untuk keterangan boleh rujuk tulisan sebelumnya.
Perlu diberi perhatian pelajar kecil ini akan menjawab haza -lelaki dan hazihi - perempuan.Kebanyakkan masih keliru .....oleh itu perlu selalu diingatkan dan diperbetulkan.
Bab ini juga ada pelajaran nombor dari satu sampai lima sahaja.
واحد -wahidun - satu
اثنان -isnani - dua
ثلاثة - salasatun - tiga
اربعة - arba atun- empat
خمسة - khamsatun - lima
untuk kemudahan nombor satu sampai lima adalah mengikut bilangan hari ( ahad-isnin-selasa -rabu-khamis)kita sebenarnya membilang nombor dalam bahasa arab cuma bila dah dimelayukan tak tahu pun itu adalah nombor sebenarnya.Kerana itulah di negeri Kelantan ,Terengganu dan Kedah memulakan hari pertama mereka pada hari AHAD -kerana diambil dari kata wahid .Maka amat tak betullah negeri pantai barat yang sewaktu dengannya.......yang untung orang bukan islam........................

tahun 1 bab 3 (perkenalan)


antara isi kandungan bagi bab ke 3 :

انا - ana = saya

انت - anta = awak (lelaki)

انت - anti = awak ( perempuan )

ما - ma = apa

من - man = siapa

اسم - ismun = nama

تلميذ - tilmizun = pelajar (lelaki)

تلميذة - tilmizatun = pelajar ( perempuan)
ما اسمك - ma ismuKa = apakah nama awak

ما اسمك - ma ismuKi = apakah nama awak (perempuan)

اسمي -ismi= nama saya .......

# untuk menyoal perlu diingat ada perbezaan antara lelaki dan perempuan , tetapi semasa menjawab adalah sama untuk lelaki dan perempuan.

اسمي احمد - ismi ahmad = nama saya ahmad

اسمي فاطمة - ismi fatimah= nama saya fatimah

Tuesday, March 24, 2009

tahun 1 (اهلا وسهلا) bab 2





Perkataan yang terdapat dalam bab ini ialah :


اهلا (ahlan ) = hai !

السلام عليكم = salam sejahtera

صباح الخير (sobahal kheir )= selamat pagI

مساء الخير ( masa al kheir ) = selamat petang

تصبح على الخير ( tusbihu alal kheir ) = selamat malam

اهلا وسهلا (ahlan wasahlan ) = selamat datang





setiap ucapan ini mempunyai jawabnya .Kalau orang kata terima kasih mestilah kita jawab sama -sama .Begitu juga dengan perkataan di atas.



  • السلام عليكم - وعليكم السلام

  • صباح الخير - صباح النور (sobahal kheir - sobahan nur )

  • مساء الخير - مساء النور (masa al kheir - masa an nur)

  • تصبح على الخير - وانت من اهله ( tusbihu ala kheir - wa anta min ahlihi )

Thursday, March 19, 2009

tahun satu (حديقة الحروف) bab 1


Huruf - huruf hujaiyyah

ا ب ت ث ج ح خ د ذ ر ز س ش ص ض ط ظ ع غ ف ق ك ل م ن و ه ء ي
Dalam bab pertama tahun satu ini lebih berkisar tentang huruf , sambung huruf dan menceraikan perkataan menjadi huruf.Di sini saya akan memberi jenis huruf -huruf yang sekadar boleh di sambung di belakang bukan di hadapannya.Senang cerita (orang nak berkawan dengan dia tapi dia tak nak berkawan dengan orang )- ini istilah yang setengah orang guna.

a) huruf yang bersambung di belakang sahaja :

ا - د - ذ - ر - ز - و

* contoh : ما - مد - مذ - مر - مز - مو

b) huruf yang tidak bersambung di depan atau belakang :

ء

c) baki huruf boleh di sambung di hadapan atau belakang

Friday, March 13, 2009

Penggunaan ( haza ,hazihi,zalika ,tilka ) untuk selain manusia dan anggota badan


Untuk pengetahuan bagi yang baru mengenal bahasa arab atau memang tak tahu arab tapi nak membantu anak - anak yang belajar bahasa arab ........

هذا ,هذه ,ذلك ,تلك juga digunakan pada semua benda yang bernama kata nama......seperti nama orang , negeri ,benda hidup ,benda mati dan lain-lain yang bukan menunjukkan perbuatan atau perlakuan .

Di antara cara untuk kenal perkataan itu yang dianggap lelaki atau perempuan ialah pada akhirnya ada ta marbutah @ ta bulat

contoh : مدرسة perkataan madrasatun (sekolah) mesti digunakan hazihi atau tilka.Ianya di anggap seperti perempuan.(kira -kira semua benda dalam bahasa arab ada jantina la )



* bagi perkataan tiada ta marbutah @ ta bulat dianggap lelaki.Maka kita gunakan haza dan zalika untuk menunjukkan dekat atau jauh . boleh faham!

Thursday, March 12, 2009

BAHASA ARAB SANTAI




هذا ini
هذه ini

haza dan hazihi adalah kata isyarat yang sama maksud tetapi berbeza penggunaanya. Haza digunakan untuk menunjukkan lelaki dan hazihi untuk menunjukkan perempuan.

contoh :هذا احمد -ini Ahmad
هذه فاطمة - ini Fatimah
ذلك - itu
تلك - itu
Zalika dan tikla juga sama penggunaan dan maksudnya tetapi berbeza penggunaan.Zalika di gunakan untuk lelaki dan tilka untuk perempuan.
contoh : ذلك احمد - itu Ahmad
تلك فاطمة -itu Fatimah
Tambahan : (هذا ,هذه ,ذلك ,تلك ) bukan sahaja digunakan untuk manusia ianya juga digunakan untuk semua benda .
  • untuk anggota badan setiap yang ada sepasang dianggap sebagai perempuan dan setiap yang cuma satu di anggap lelaki ..
  • contoh : mata ( عين )

هذه عين -ini mata (hazihi ainun )

تلك عين - itu mata (tilka ainun )

mulut ( فم )

هذا فم - Ini mulut (haza famun )

ذلك فم - Itu mulut ( tilka famun )